Thursday, 27 October 2011

Cara Mengawal Kemarahan

Siapa kat sini yang tak pernah marah? Cer angkat tangan cikgu nak tengok sikit.. Marah ni ada macam2 jenis marah.. marah kat orang, marah kat anak, marah kat pejabat, marah kat bank, kat kereta, kat tiang telefon dan macam2 jenis marah lagilah! Welawei... hebat sungguh orang tu kalo dia langsung tak pernah ada perasaan marah, kan... even nabi kesayangan kita pun ada perasaan marah tau..

Aisyah Radhiyallahu ‘‘Anha berkata,
مَا نِيلَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْتَقَمَهُ إِلَّا أَنْ تُنْتَهَكَ مَحَارِمُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ .
“Rasulullah Shallallahu ‘‘Alaihi wa Sallam tidak pernah marah jika disakiti. Tetapi jika hukum Allah dilanggar, maka beliau akan marah karena Allah.”

Marah kerana Allah.. hmmm.. kita? 

Ni nak share sikit tips utk kawal kemarahan.. at least it really works on me..
1. Jangan bersemuka dgn orang yg kita marah.. sbb bila kita yg sedang marah ni pergi bersemuka dengan org yg kita marahkan tu, inilah yg akan terjadi..
Sebaiknya hindari org yg kita bengang itu sejauh-jauhnya... kalau blh jgn sampai terserempak atau tengok muka dia langsung

2. Buat aktiviti yg kita gemari..cthnya: melayari internet, makan, bersembang, tidur, membaca, berjogging, tengok tv dll..

3. Perbanyakkan zikir dan baca Al-Quran supaya setan yg dok membisik di telinga kita supaya gi berperang dengan org yg kita marahkan tadi tu lari jauh2.. 

4. Bila dah cool, hati pun dah sejuk barulah bersemuka dgn org yg buat kita marah tadi.. time tu otak kita, perasaan kita, hati kita dah cool dan blh le bawak berbincang elok2... kadang2 nk bagi cool ni memakan masa berhari2 jugak malah mungkin bertahun.. tak kesah le asalkan seboleh mungkin elakkan berperang..  janji tak jadi mcm dlm video ni udah le..


Malu weh.....

Tegurlah jika ada kekurangan

Semua orang takkan lari daripada membuat kesilapan.. namun itu bukanlah alasan utk terus melakukan kesalahan yg sama berulang-ulang kali.. tegurlah dengan cara yang berhikmah dan tidak memalukan kerana itu lebih menusuk kalbu berbanding teguran dengan cara yang kasar, emo atau dgn cara memerli.. Siapalah diri ini dan nasihatilah daku.. p/s: nasihat dengan cara yg baik2 je tau.. kalau marah2 bo layan..