Friday, 2 December 2011

Cara Menghilangkan Bearshare

Pernah tak bila anda buka je internet, homepage bearshare ni yg keluar dulu?

Annoying je kan.. saya suka kalau buka internet homepage saya ialah yahoo.com dan memang saya set dlm tools option yahoo.com.. tapi ntah macam mana tiba-tiba je bearshare ni muncul dengan tak semena-menanya walaupun saya tak pernah pun menyeru namanya..

Saya cuba tukar balik kepada homepage asal guna tools option tapi tak berjaya.. degil betul rupanya bearshare ni ye.. takpe, kalau tak berjaya guna cara ni kita guna cara lain pulak..

Godek punya godek dalam pakcik gugel akhirnya terjumpalah jalan penyelesaiannya.. meh ikut step by step..
  1. tekan START -->Control panel ---> Add / remove program (certain komputer tulis Program and Features)
  2. Cari  Media Bar kemudian klik Uninstall
  3. Set semula homepage kegemaran anda.. caranya Tools-->Options-->General-->Homepage
  4. Kemudian taiplah url yang dikehendaki
  5. Klik OK
Mudah je, kan.. harap2 sesiapa yang membenci ingin tukar Bearshare rasanya inilah satu-satunya cara untuk menghapuskan Bearshare tersebut..

Pheww.. leganya rasa di hatiku ini..
Alhamdulillah..

Wednesday, 23 November 2011

DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Puisi Kematian Terindah untukmu, Saudaraku..

Saudaraku, ingatlah MATI
Sesungguhnya mati adalah janji yang ditepati
Tapi mengapa kau tak pernah peduli
Engkau lebih memilih dunia yang hina ini.

Dalam doa kau meminta khusnul Khotimah
Tapi pandanganmu akan dunia tak terarah
Kau masih mencari dunia yang belum terjamah
Sehingga lupa keinginanmu meraih Jannah.

Setiap nafsu yang kau hembuskan dalam hidupmu
Tak terpuaskan walau dua gunung emas mengelilingimu
Hingga kau tertidur dalam pelukan hangat istrimu
Dan kau terbuai dalam angan dan mimpi indahmu.

Gelap matamu akan nasib di akhirat nanti
Ketika ditanya apa yang kau kerjakan selama ini
Nanti kau akan ditanya sendiri-sendiri
Kau pun tidak akan dapat melarikan diri
Dari panas dan teriknya matahari
Dari dosa-dosa yang kau lakukan setiap hari.

Semoga medan jihad mengantarkan kematianku
Atau saat Sujud shalat aku menghadap Rabbku
Atau saat Hari Jum’at sebagai hari terakhirku
Atau saat amalan terbaikku,
Malaikat maut melepas jasadku.

(dipetik dari sini)

Tanggal 31.10.2011 abangku Norshahid bin Nordin telah pergi buat selama-lamanya menemui Penciptanya. Allahyarham meninggal pada usia 45thn, meninggalkan seorang balu dan seoarang anak.. Doa diiring semoga roh Allahyarham abang Eight tenang di alam sana..

Allahyarham Norshahid paling kiri
                                                                                                               

Thursday, 27 October 2011

Cara Mengawal Kemarahan

Siapa kat sini yang tak pernah marah? Cer angkat tangan cikgu nak tengok sikit.. Marah ni ada macam2 jenis marah.. marah kat orang, marah kat anak, marah kat pejabat, marah kat bank, kat kereta, kat tiang telefon dan macam2 jenis marah lagilah! Welawei... hebat sungguh orang tu kalo dia langsung tak pernah ada perasaan marah, kan... even nabi kesayangan kita pun ada perasaan marah tau..

Aisyah Radhiyallahu ‘‘Anha berkata,
مَا نِيلَ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا فَانْتَقَمَهُ إِلَّا أَنْ تُنْتَهَكَ مَحَارِمُ اللهِ فَيَنْتَقِمُ لِلَّهِ .
“Rasulullah Shallallahu ‘‘Alaihi wa Sallam tidak pernah marah jika disakiti. Tetapi jika hukum Allah dilanggar, maka beliau akan marah karena Allah.”

Marah kerana Allah.. hmmm.. kita? 

Ni nak share sikit tips utk kawal kemarahan.. at least it really works on me..
1. Jangan bersemuka dgn orang yg kita marah.. sbb bila kita yg sedang marah ni pergi bersemuka dengan org yg kita marahkan tu, inilah yg akan terjadi..
Sebaiknya hindari org yg kita bengang itu sejauh-jauhnya... kalau blh jgn sampai terserempak atau tengok muka dia langsung

2. Buat aktiviti yg kita gemari..cthnya: melayari internet, makan, bersembang, tidur, membaca, berjogging, tengok tv dll..

3. Perbanyakkan zikir dan baca Al-Quran supaya setan yg dok membisik di telinga kita supaya gi berperang dengan org yg kita marahkan tadi tu lari jauh2.. 

4. Bila dah cool, hati pun dah sejuk barulah bersemuka dgn org yg buat kita marah tadi.. time tu otak kita, perasaan kita, hati kita dah cool dan blh le bawak berbincang elok2... kadang2 nk bagi cool ni memakan masa berhari2 jugak malah mungkin bertahun.. tak kesah le asalkan seboleh mungkin elakkan berperang..  janji tak jadi mcm dlm video ni udah le..


Malu weh.....

Tegurlah jika ada kekurangan

Semua orang takkan lari daripada membuat kesilapan.. namun itu bukanlah alasan utk terus melakukan kesalahan yg sama berulang-ulang kali.. tegurlah dengan cara yang berhikmah dan tidak memalukan kerana itu lebih menusuk kalbu berbanding teguran dengan cara yang kasar, emo atau dgn cara memerli.. Siapalah diri ini dan nasihatilah daku.. p/s: nasihat dengan cara yg baik2 je tau.. kalau marah2 bo layan..