Sunday 1 July 2018

Kelebihan Surah Ad-Dukhan


Surah Ad-Dukhan (bahasa Arab:الدخان) adalah surah ke 44dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri atas 59 ayat. Dinamakan Ad-Dukhan kerana kata Ad-Dukhan yang terdapat pada ayat 10 yang bererti ‘Kabut, Jerubu atauAsap’.
Ia mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrik yang menetang Nabi Muhammad SAW bahawa mereka akan ditimpakan azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang menyebabkan kebuluran yang amat dashyat.
Menurut riwayat Bukhari secara ringkas dapat diterangkan sebagai berikut:
Orang-orang kafir Mekkah telah melampaui batas dalam penentangan dan menghalangi agama Islam,  dengan menyakiti dan mendurhakai Nabi Muhammad SAW, kerana itu Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT agar diturunkan azab. Sebagaimana Doa Nabi Yusuf a.s. dikabulkan Allah ke atas orang-orang yang derhaka kepada Baginda a.s. dengan musim kemarau yang panjang, sehinggakan orang-orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan.
Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan Allah SWT, tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut jerubu yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi, agar Nabi memohon kepada Allah supaya hujan diturunkan. Setelah Allah SWT mengabulkan doa Nabi dan hujan diturunkan, mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu Allah menyatakan bahawa mereka nanti akan diazab dengan azab yang pedih.
.
Menurut tafsir Ahmad Sonhadji, surah ini diturunkan di Makkah selepas turunnya surah az-Zukhruf, Ad-Dukhan ertinya asap. Dinamakan surah ini Ad-Dukhan kerana Allah menjadikan asap tebalseperti kabus hitam yang menutupi langit menyebabkan cuaca gelap bagi menakutkan atau memberi peringatan kepada yang tidak mahu percaya kepada hari kiamat dan pembalasan; sebagaimana yang Allah nyatakan dalam ayat 10 dalam surah ini;
.
44:10
Oleh itu tunggulah (wahai Muhammad) semasa langit membawa asap kemarau yang jelas nyata (yang menyebabkan kebuluran yang dahsyat). (Ad-Dukhan; Ayat:10)

Suasana Alam Akhirat

Suasana alam akhirat telah digambarkan seperti dalam ayat 40 hingga ayat 59 daripada surah Ad-Dukhan di atas. Terjemahan ayat tersebut dengan sendirinya sudah memberikan gambaran  kepada kita apa yang akan berlaku di akhirat nanti. Betapa gerunnya kita dengan bekalan yang tidak seberapa dan sewajarnya dijadikan  pemangkin dalam beribadat kepada-Nya.

Kelebihan Dan Fadhilat Surah Ad-Dukhan

Terdapat beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Ad Dukhan ini, diantaranya:
1.  Dari Khalil bahawa Rasulullah SAW bersabda:  “Di dalam Al Quran terdapat 7 surah yang dimulai dengan Haa Miim, akan datang di depan setiap pintu neraka jahanam dan memohon kepada Allah SWT dengan katanya; “Ya Allah! Janganlah Dikau masukkan ke dalam neraka ini orang yang percaya kepadaku dan membacaku.” (HR: Al Baihaqi).
2.  Daripada Zaid Ibnu Haritsah r.a, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Ibnu Zayyad; “Sesungguhnya aku simpan sesuatu, maka apakah ia?. Maka Nabi SAW simpan baginya surah Ad-Dukhan,maka baginda bersabda dia ialah (Ad-Dukhan) dan bersabda lagi; Pergilah. Masyaallah, kemudian dia pergi”.
3.  Dari Abi Ja’far r.a., beliau berkataRasulullah SAW bersabda: “Orang yang membaca surah Ad-Dukhan dalam solat-solat fardhu dan nafilahnya (sunatnya), maka Allah akan  membangkitkannya bersama orang-orang yang mendapatkan  penjagaan Allah pada hari Kiamat, menaunginya di bawah Arsy-Nya, menghisabnya dengan mudah dan memberi kitab (catatan amal) nya dari sebelah kanannya.” (HR: Abu Hamzah Tsumali)

Malam Jumaat

1.  Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Nabi SAW bersabda: “Sesiapa membaca “Haa Miim – Ad Dukhan” pada malam Jumaat; maka diberi keampunan baginya”. (HR: Ibnu Katsir).
2.  Dari Umamah pula menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Ad Dukhan pada malam atau hari Jumaat maka Allah akan membinakan sebuah rumah dalam syurga.” (HR: At Tabrani).
3.  Disebutkan dalam tafsir al-Burhan, dari Nabi SAW bersabda; “Orang yang membacanya (surah ad-Dukhan) pada malam Jumaat, maka akan diampuni dosa-dosanyayang telah lalu.”  Baginda SAW juga bersabda, “Orang yang membaca surah ad-Dukhan pada malam Jumaat akan dimintakan ampun (atas dosa-dosanya) menjelang paginya oleh tujuh puluh ribu Malaikat.”

Membaca Surat Ad-Dukhan, dimohonkan ampun oleh Malaikat.

1.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca Ad-Dukhan setiap malam, maka tujuh puluh ribu (70.000) malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).
2.  Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah “Haamim – Ad Dukhan” pada waktu malam; maka esoknya 70 ribu malaikat akan meminta ampun baginya“. (HR.Ibnu Katsir)
3.  Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa membaca Ad-Dukhan di waktu malam, maka 70.000 malaikat memohon ampun untuknya.” (HR. Tirmidzi).

Khasiat Ayat-Ayat Surah Ad-Dukhan

  1. Mengamalkan membaca keseluruhan surah Ad-Dukhan ini, akan terselamat dari segala gangguan.
  2. Khasiat ayat 1-8          – Membantu membinasakan musuh.
  3. Khasiat ayat 12            – Dijauhkan daripada ditimpa bala.
  4. Khasiat ayat 59   – Dapat membantu memenangi berhujah.

Mudah-mudahan kita sentiasa dapat membaca surah Ad-Dukhanbersekali dengan Surah Yasin, pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar. Surah Ad-Dukhan yang mengandungi 59 ayat ini dikaitkan dengan memohon keampunan dan elok  difahami erti dan maksudnya. Dan istimewanya membaca Surah Ad-Dukhan juga, Malaikat akan memohon ampun untuk  pembacanya.


Saturday 30 June 2018

Kebaikan Bersedekah

Semoga tulisan ini menginspirasi kita semua :

Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahwa sedekah nya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Adakah kamu tahu antara kebaikan² sedekah itu ?

Rujukan dari hadits²...

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang,

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam,

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang² yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut,

6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT,

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa² yang telah dibuat,

10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,

11. Orang² yang memberi sedekah ialah orang² yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT In Syaa Allah,

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang² yang disayang oleh masyarakat

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia,

15. Sedekah mampu melepaskan kita drpd kesusahan dan doa² akan dimakbulkan Allah SWT In Syaa Allah,

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan bisa memberi kejayaan hidup,

18. Sedekah adalah ubat,

19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas.

20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang² atau burung².

21.Sedekah paling utama adalah yang banyak namun ikhlas , Tapi janganlah sedekah sedikit tapi tak ikhlas.


Friday 29 June 2018

Mutiara Kalam


Berkata Sidi Rohimuddin al-Banteni;

Dua perkara yang tiada menyatu: jika engkau ada maka DIA tidak ada, jika DIA Ada maka engkau tidak ada, maka tanggalkan Ada-mu niscaya engkau dipanggil kepadaNYA.

Berkata Imam Ibn Qayyim Al Jauziya;

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik ALLAH.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari ALLAH.

Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di tangan ALLAH.

Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat ALLAH redha kerana sekiranya engkau membuat ALLAH redha, Dia akan redha padamu.

Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.

Sebagian salaf berkata, “Jika engkau melihat seseorang yang mengajakmu berlomba untuk dunia, maka ajaklah ia berlomba dalam urusan agama”.


(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)


Akibat Solat Dhuha

INILAH AKIBAT SOLAT DHUHA

Ramai orang yang belum tahu apa akibat yang akan mereka rasakan bila rajin solat dhuha.

Beruntung sekali anda punya kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga memjadi pelajaran berharga untuk kita semua.

Seperti diungkap oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiyah tentang keutamaannya, penulis membeberkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber hadisnya.

Pertama
orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi)

Kedua
Barangsiapa yang menunaikan solat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan shalat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

Ketiga
Orang yang menunaikan solat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barangsiapa yang solat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

Keempat
Orang yang istiqamah melaksanakan solat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

Kelima
Allah menyukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

Keenam
Orang yang mengerjakan solat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Muslim).

Setelah Baca Tulisan Diatas Masih Punya Alasan Untuk Meninggalkan Solat Dhuha ?

Solat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya solat zohor.


BERSEMANGATLAH SOLAT DHUHA

🍃 Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Thursday 28 June 2018

Medical Fitness Guidelines

*MEDICAL FITNESS GUIDELINES* very important, must read


 *CHOLESTEROL* (mmol/L)
         ------------------
Cholesterol   ---   < 5.2
HDL               ---  >1.03
LDL.               ---    <4.1
Triglycerides ---   <1.7
-------------------
        *PLATELETS COUNT*
       ----------------------
150 - 410 (10^9/L)
--------------------
        *BloodPressure*       
          ——-----------
120/80 --  Normal
130/85 --Normal  (Control)
140/90 --  High
150/95 --  V.High
----------------------------
         *LOW BP*
        ---------
120/80 --  Normal
110/75 --  Normal  (Control)
100/70 --  Low
90//65 --   V.Low
----------------------------
              *SUGAR*
             ---------
Glucose (F) --  4.1 - 5.9 (12 hrs Fasting)
Glucose (PP) --  <11.1 (2 hrs after eating)
Glucose (R) --  <11.1 (After 2 hrs)
----------------------------
             *HAEMOGLOBIN*
            -------------------
Male --  13  ---  17
Female --  12---  15
----------------------------
         *PULSE*
          --------
72  per minute (standard)
60 --- 80 p.m. (Normal)
40 -- 180  p.m.(abnormal)
----------------------------
         *TEMPERATURE*
          -----------------
37.0 Cel(Normal)
37.5 Cel  Above  (Fever)

Please help your Relatives, Friends by sharing this information....

*Heart Attacks And Drinking Warm Water:*

This is a very good article. Not only about the warm water after your meal, but about Heart Attack's . The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating. For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is very Harmful to have Cold Drink/Water during a meal. Because, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer . It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

*French fries and Burgers* are the biggest enemy of heart health. A coke after that gives more power to this demon. Avoid them for your Heart's & Health.

Drink one glass of warm water just when you are about to go to bed to avoid clotting of the blood at night to avoid heart attacks or strokes.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life. ...

So, please be a true friend and send this article to people you care about.

Thank you & God bless!

Sihir

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA
Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya.
Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH
Takrif dan pengertiannya:
Memutuskan hubungan anak dan ibu.
Memutuskan hubungan anak dan ayah.
Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
Memisahkan antara suami dan isterinya.Tanda-tanda sihir pemisah:
Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
Enggan memohon maaf.
Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
Asamara cinta yang keterlaluan.
Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
Cenderung melakukan hubungan seksual.
Sukar mengawal cinta.
Rindu bayang yang berlebihan.
Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).Sebab-sebab:
Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
Mencuba dan ingin tahu.
Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
Melariskan peniagaan.
Mendapatkan pengikut.Kesan-kesannya:
Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda Hinopsis:
Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
Seperti kain / api berubah menjadi burung.4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda Sihir Gila:
Binggung dan lupa sesuatu.
Kacau dalam perbicaraan.
Mata kuyu (moyok).
Tidak boleh tenang di satu tempat.
Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA
Tanda-Tanda:
Suka berseorangan / menyendiri.
Tidak bercakap / pendiam.
Tidak suka berjumpa orang.
Fikiran meracau / terganggu.
Selalu pening.
Selalu lesu dan tidak bermaya.
Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
Selalu mengalami mimpi ngeri.
Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
Selalu was-was.
Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
Saraf tersumbat.
Lumpuh salah satu anggota tubuh.
Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
Lumpuh keseluruhan badan.Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".
Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
Melihat pelamar bermuka hodoh.
Banyak berfikir (fikiran melayang)
Selalu gelisah waktu tidur.
Selalu rasa sakit di perut.
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.Cara berlakunya Sihir ini
Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
Hembusan asap rokok.
Tenungan mata.
Perbualan.
Minuman
Handphone (percakapan dan sms).
Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.PUNCA SIHIR:
Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
Putus pertunangan.
Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
Rebutan harta pusaka.
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
Mencuba kehebatan ilmu.
Mendapatkan keuntungan duniawi.MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh naib s.a.w.
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
Menyebut e nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

Kredit
Ikhwa

Wednesday 27 June 2018

Hakikat wuduk

Sukanya kita bila kerap dalam wudhu.

Sungguh besar pengaruh wuduk bagi kehidupan seorang Islam kerana dalam wudhu Allah SWT memberikan pesan moral yang tidak jauh dari kehidupan sehari-hari.

Basuh kepala, ditujukan agar kita membersihkan kepala atau otak kita dari segala fikiran kotor dan menyesatkan.

Membasuh kaki dan tangan ditujukan agar kita tidak menggunakan tangan dan kaki kita untuk mengambil hak orang lain, memijak dan menghina martabat orang lain.

Berkumur-kumur, membasuh muka yang dimuka itu ada kedua mata kening dan hidung.

Mengusap telinga.

Berkumur-kumur agar mulut berkata-kata yang baik dan sentiasa membaca Al-Quran.

Mata pula diguna untuk melihat kebesaran Allah dan melihat nilai-nilai kebenaran.

Manakala telinga untuk mendengar ayat-ayat suci Al-Quran, bunyi-bunyi alam dan kebaikan.

Perintah berwudhu minima lima kali dalam sehari, iaitu untuk bersolat lima waktu.

Meski pun begitu, kita dianjurkan berwudhu tidak hanya ketika hendak mendirikan solat, tetapi juga ketika hendak melakukan ibadah atau amalan lainnya, misalnya ketika hendak membaca Al-Quran, mengikuti pelajaran, pengajian, dan memasuki masjid. Bahkan ketika kita hendak makan dan minum pun dianjurkan untuk berwudhu.

''Keberkahan makanan adalah dengan wudhu sebelum dan sesudahnya.'' (HR Abu Dawud).